Wednesday, 3 December 2014




Faktor-faktor yang menyebabkan jerawat:

1.Perubahan hormon

Apabila berlaku perubahan hormone seperti akhir baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress) 

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi:
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

 3.Pemakanan

Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

 4.Toksin

Jika kita takpernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal shingga umur kita mencecah 30 tahun, bermakna dah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni. Jika sistem semula jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. Bukan tumbuh kat muka je,..kat badan pun ada..jangan tak tahu ye.

7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung

 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.tapi tula yang jenis tangan tak boleh dok diam harus je garu si jerawat tu kan..sudahnye tinggal parut segala.

10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. Iklim negara kita ni hujan panas je kan..iklim yang tak menentu ni pun boleh menjadi sebab timbulnya keadaan kulit berjerawat.

Jangan biarkan MUKA anda dikuasai oleh JERAWAT!!!!

Hubungi Sarah untuk kulit gebu gebas
013-9815057

Tuesday, 2 December 2014

Petua AWET MUDA

Rahsia awet muda : Wajah kelihatan muda selepas minum air kosong 3liter sehari dalam masa sebulan


Percayakah dengan minum air kosong atau air putih sebanyak 3liter sehari dapat mengembalikan keremajaan kulit anda dan nampak muda kembali? Satu eksperimen telah dilakukan oleh seorang wanita yang sebelum ini menderima sakit kepala dan mempunyai masalah penghadaman dan dia telah meminta nasihat daripada pakar neurologi tentang sakit kepala dan kaedah pemakanan untuk memulihkan masalah pencernaannyya, dan mereka memberitahu dia perlu minum sehingga tiga liter cecair sehari supaya badannya berfungsi dengan baik. Seorang wanita, Sarah Smith telah membuat eksperimen ini dan seperti yang anda lihat diatas, perubahan wajahnya selepas sebulan mengambil air kosong sebanyak 3liter sehari selama sebulan.
Minggu Pertama
Tips supaya anda tidak bosan minum air sebanyak 3liter sehari adalah membahagi-bahagikan air kepada 3 pecahan iaitu diambil pada waktu pagi, tengahari dan malam. Anda akan merasa perbezaan dalam proses pembuangan air kecil kerana ia akan bertambah daripada normal ( 3 kali sehari ) kepada 5-6 kali sehari. Wajah pula akan mula keluar jerawat dan itu mungkin toksin yang telah keluar dari dalam wajah anda. Air kencing pula akan mula bertukar kepada lebih cair dan tidak berwarna kuning gelap. Minum banyak air juga membantu melancarkan pergerakan badan anda terutamanya di bahagian sendi.
Minggu Kedua
Anda akan melihat perbezaan ketara pada kulit wajah anda dimana strukturnya bertambah baik dan tona kulit sekata. Selain itu juga kedutan di bawah mata perlahan-lahan akan hilang. Selain itu juga, bau mulut akan berkurangan dan lidah tidak kotor/putih seperti sebelum anda amalkan minum air kosong ini. Oleh kerana anda mengambil air kosong dengan banyak, maka selera makan anda pasti berkurangan kerana perut telah diisi, akan tetapi anda mempunyai masalah kerana akan tetap membuang air kecil dengan kerap.
Minggu Ketiga
Lingkaran gelap dan kedutan di bawah mata telah hampir hilang, dan kulit kelihatan lebih anjal dan berseri dan lebih subur. Ini adalah kerana air membantu sel kulit wajah menjana semula dengan lebih cekap. Struktur kulit bertambah baik dan nada kulit lebih sekata dari sebelumnya. Selain itu juga, minuman air dengan banyak boleh membuatkan kita lebih tumpu dan fokus dalam pekerjaan kita. Dehidrasi boleh mengurangkan keupayaan kita untuk menumpukan perhatian serta prestasi kognitif kita. ‘
Minggu Keempat
Anda akan dapat melihat perubahan ketara berbanding minggu pertama. ( Anda perlu mengambil gambar sebelum mengamalkan petua ini untuk melihat perubahan anda). Pastikan pengambilan makanan juga baik dan tidak terlalu berminyak kerana ini mungkin melambatkan proses perubahan kulit wajah anda

Friday, 28 March 2014

Alhamdulillah ..

Alhamdulillah...

Setelah bertungkus lumus ...maka terhasil lah BLOG yang tak seberapa ini...

In shaa allah akan di edit dari masa ke semasa..


Salam sayang

SaRaH